Program Kenduri dan Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri di Padang Kampung Mengkuang Titi yang dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang

Tuan Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli, Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menghadiri Program Kenduri dan Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri di Padang Kampung Mengkuang Titi yang dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Makam Sheikh Omar Basheer, Mufti pertama Pulau Pinang dan tokoh penting penyebaran Islam telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta 645 dan kini dalam proses penilaian untuk pewartaan di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011.

Makam yang terletak di Kampung Melayu, Air Itam ini terkenal dengan seni bina bercirikan Moorish serta merupakan makam umat Islam terbesar dan terindah di Pulau Pinang. Makam yang terletak di atas tanah wakaf itu berada di bawah pengurusan MAINPP dengan pemantauan Jabatan Warisan Negara serta sokongan MOTAC.

Pengiktirafan ini diharap dapat mengangkat semula nilai sejarah dan menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

#mainppkongsi
#untuknegerikita
#tanahwakaf

gambar masjlid pengisytiharaan 1
gambar masjlid pengisytiharaan 2